Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Shahrizat kembali ke gelanggang politik

Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dikatakan bakal kembali ke gelanggang, sekali gus menjadi pesaing kepada Datuk Noraini Ahmad yang akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Menurut sumber, Shahrizat pernah menyatakan hasrat untuk kembali menerajui Wanita UMNO kepada salah seorang ahli Majlis Tertinggi (MT).

Noraini menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO sejak 2018 yang mana pergerakan itu sebelum ini pernah diterajui Shahrizat sendiri, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Zaharah Sulaiman.



Selain itu, bagi jawatan Ketua Puteri UMNO, tiga nama di­sebut-disebut bertanding merebut jawatan itu yang dikosongkan Datuk Zahida Zarik Khan pada pemilihan parti kali ini.

Pemimpin yang dikatakan berminat merebut jawatan ialah Dr. Masliha Harun, Datuk Khaidirah Abu Zahar dan Nurul Amal Mohd. Fauzi.

Ketiga-tiganya memegang ja­watan penting dalam sayap Pu­teri dan UMNO yang mana Nurul Amal adalah Naib Ketua Puteri manakala Khaidirah yang juga dikenali sebagai Dira adalah ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim serta Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.

Masliha pula adalah Exco pergerakan berkenaan.



Dalam perkembangan ber­kai­t­an, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz sah menawarkan diri bertanding jawatan ahli MT menjelang pemilihan UMNO kali ini.

Begitu juga dengan Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsu­ddin yang turut menawarkan diri bertan­ding jawatan berkenaan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dengan nama Allah saya tak cemburu – TMJ



Promosi Hotel ‘Kongkek’, Wanita Ini Dikecam Netizen

Bukan semua pengguna media sosial naik angin Khairi dipecat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker