Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme

Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme

Beberapa hari selepas pendedahan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa anaknya, Nurul Izzah, telah sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan, alam maya sekali lagi heboh hari ini mengenai insiden serupa yang didakwa melibatkan seorang lagi pemimpin PKR.

Kali ini, Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul didakwa telah melantik anaknya sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.



Antara yang pertama membangkitkan isu itu ialah ahli Bersatu, Badrul Hisham Shaharin, yang memuat naik ciapan di Twitter pagi ini dan mempersoalkan tindakan Johari mengenai pelantikan tersebut.

Badrul Hisham, atau dikenali sebagai Chegubard, juga mendakwa bahawa nama penuh anak Johari, Mohammed Iqbal telah dipinda dalam direktori kakitangan dalam talian Parlimen, dengan nama bapanya dipadamkan.

Ini kononnya untuk menutup kemungkinan hubungan keluarga Iqbal dengan speaker.

“Awalnya dalam direktori staff ada tertera nama Mohammed Iqbal bin Johari sebagai PTTK (pegawai tugas khas).



“Namun lepas Nurul Izzah kantoi dilantik penasihat Anwar, direktori diedit bin Johari dipadam. Semua ada bin kecuali satu nama… kenapa?” soalnya.



Badrul Hisham dalam ciapannya meminta penjelasan daripada Johari mengenai perkara itu.

“@JohariAbdul5 ada pejelasan? Anak sendiri?”

Dia juga melampirkan tangkapan skrin yang menunjukkan percanggahan antara direktori parlimen dan halaman daripada carian Google.

Hasil carian Google oleh Malaysiakini juga menunjukkan “Mohammed Iqbal bin Johari” tersenarai, tetapi apabila pautan itu diklik, ia dialihkan ke direktori kakitangan Parlimen, dengan hanya nama “Mohammed Iqbal” ditemui.



Malaysiakini masih dalam usaha untuk memastikan sama ada Iqbal yang disenaraikan sebagai pegawai Johari itu adalah anaknya.

Percubaan untuk mendapatkan komen daripada Johari tidak berjaya. Malaysiakini juga telah menghubungi ketua penerangan PKR Fahmi Fadzil untuk mendapatkan ulasannya.

Beberapa hari lalu, didedahkan Nurul Izzah telah dilantik sebagai penasihat kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Walaupun Anwar mempertahankan bahawa Nurul Izzah akan melakukan kerja tanpa sebarang gaji, namun pelantikannya mendapat kritikan daripada banyak pihak, termasuk pembangkang yang melabelnya sebagai nepotisme. Mk



Johari Abdul lantik anak, satu lagi dakwaan nepotisme

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker