Bella dedah mesej Sophia

Bella dedah mesej Sophia

PENYANYI Bella Astillah menegaskan dia mempunyai bukti bahawa ada pelakon wanita menganggu suaminya, Aliff Aziz sekaligus menyangkal tuduhan segelintir pihak yang menuduhnya membuat fitnah.

Malah, Bella turut mempersoalkan tindakan aktres Sophia Albarakbah yang tidak hadir ke sidang media drama lakonannya bersama Aliff, Ku Akad Kau Dengan Bismillah, hari ini.



“Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul. Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab ia sahih.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia, tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya menerusi Instagram.

Menerusi entri sama, Bella turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp yang dipercayai Sophia.



Dalam perbualan tersebut, Sophia memohon maaf dan ingin menebus kesalahannya kerana menyukai suami orang.

Walau bagaimanapun, Bella memberanikan diri ingin bertemu dengan ibu dan bapa Sophia.

Namun, niat Bella dihalang oleh Sophia dengan alasan bapanya menghidap sakit jantung dan merayu untuk merahsiakn isu tersebut daripada pengetahuan ibu serta bapanya.



Sementara itu, ujar Bella, apa yang dikongsikan itu hanyalah 10 peratus daripada kemelut yang berlaku antara mereka.

Terdahulu, wakil produksi memaklumkan Sophia tidak dapat hadir pada sidang media drama terbaharunya hari ini disebabkan terikat dengan jadual penggambaran sebelum terbang ke Jakarta, Indonesia, esok.

Dalam masa sama, Aliff yang muncul pada sidang media drama lakonannya itu turut meminta aktres itu tampil memberikan kenyataan untuk menjelaskan konflik yang berlaku sekaligus menjernihkan keadaan. Utv

Bella dedah mesej Sophia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali



Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker