Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia

Bekas presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada usia 79 tahun.

Musharraf mentadbir Pakistan pada 1999 dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah, dan meletak jawatan sebagai presiden pada 2008.



Beliau meninggalkan Pakistan pada 2016 untuk mendapatkan rawatan perubatan dan tinggal di Dubai sejak itu.

Penyakit Musharraf dikenal pasti sebagai amyloidosis.

Pemimpin tertinggi Pakistan, termasuk Presiden Arif Alvi dan Perdana Menteri Shehbaz Sharif, mengucapkan takziah atas pemergian Musharraf.

Fawad Chaudhry, seorang pemimpin kanan Tehreek-e-Insaf (PTI) Pakistan dan bekas menteri penerangan persekutuan berkata, walaupun Musharraf disifatkan sebagai diktator, beliau seorang patriot dan bertindak secara demokratik sambil memimpin negara dalam situasi yang sangat sukar.



“Beliau memberi Pakistan kebebasan media, (dan) mempromosikan kepelbagaian pendapat,” kata Fawad.

Ramai juga memuji Musharraf kerana mewujudkan iklim mesra perniagaan di negara ini.

Musharraf dilahirkan pada Ogos 1943 di Delhi di British India, dan keluarganya berhijrah ke Pakistan pada 1947.

Musharraf menggulingkan perdana menteri ketika itu Nawaz Sharif pada 1999 selepas Nawaz memecatnya sebagai ketua tentera.



Musharraf menyandang gelaran ketua eksekutif dan memerintah selama lima tahun untuk penggal kedua menerusi referendum nasional yang kontroversi pada 2002. HM

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker