‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang

‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang

Belum ditayangkan TV3, drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah lakonan Aliff Aziz dan Sophia Albarakbah menarik perhatian ramai hingga menjadi bahan perdebatan ‘hangat’ dalam media sosial.

Semuanya gara-gara kontroversi di luar set penggambaran yang antara lain mendakwa Sophia cuba mengganggu keharmonian rumah tangga Aliff dan isterinya, Bella Astillah, melalui hantaran mesej dan panggilan kepada jejaka itu.



Isu bertambah hangat apabila Bella memuat naik tangkap layar perbualannya bersama individu dipercayai Sophia yang disyaki menjadi ‘orang ketiga’ yang cuba mengganggu rumah tangganya, seperti dikongsi di Instagram (IG).

Kontroversi berpanjangan apabila Sophia, pada saat akhir, membatalkan temu janji untuk hadir pada sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, kelmarin, ketika ramai petugas media menanti kemunculan aktres sensasi itu.

Tindakan Sophia itu, kemudian dipersoal Bella yang teguh dengan pendirian membuat pendedahan atas perkara yang didakwanya sahih.

Rentetan kontroversi itu, netizen pantas mengandaikan apa yang berlaku sebagai perancangan syarikat produksi yang sengaja mencetuskan gimik untuk mengumpan penonton.



Ketika diajukan pertanyaan itu kepada Aliff, aktor kelahiran Singapura ini menepis dakwaan itu sambil menyatakan isu rumah tangga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.

“Perkara ini bukan gimik. Aliff sendiri sebagai pelakon, jika pada masa akan datang perlu buat gimik untuk menaikkan sesuatu drama atau karya, Aliff tidak akan setuju.

“Adalah lebih baik drama itu naik kerana naskhah yang bagus berbanding sengaja mereka-reka cerita.

“Perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan untuk kita jadikan bahan gimik.



“Ia juga bukan sengaja digembar-gembur untuk buat kecoh, sebaliknya, perkara ini benar-benar berlaku.

“Saya harap kita boleh tinggalkan apa yang sudah berlalu dan terus pandang ke depan,” katanya pada sidang media itu.

Berkongsi pengalaman membawa watak Luth Mikail dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, juara musim kelapan Gegar Vaganza (GV8) ini mengakui berdepan cabaran menghidupkan karakter.

“Saya tidaklah kata watak ini terlalu sukar atau mudah buat saya.



“Saya pernah berlakon dalam drama berunsur romantik komedi sebelum ini, mungkin tidak banyak beza buat saya.

“Cabarannya adalah bagaimana saya hidupkan watak supaya berbeza dengan apa yang pernah saya buat.

“Mujur abang Osman ada bagi ‘input’ ,termasuk mengubah gaya percakapan agar watak tampak berbeza,” katanya.

Aliff mengaku cabaran lain yang terpaksa dihadapi adalah kontroversi yang tercetus ketika drama masih dalam pembikinan.



“Tidak dinafikan kontroversi itu memberi tekanan kepada saya dan seluruh produksi kerana penggambaran masih berbaki sebulan,” katanya.

Ditanya bagaimanakah dia dan Sophia mencipta keserasian, Aliff atau nama sebenar, Mohammad Aliff Aziz, 32, mengaku pada awalnya, proses itu agak sukar.

“Tiga hari awal di lokasi penggambaran, agak sukar untuk kami cipta keserasian.

“Tetapi kami amalkan komunikasi secara terbuka untuk mencari rentak yang sesuai.



“Sebelum melakonkan sesuatu babak itu, kita bincang terlebih dahulu supaya babak itu nampak lebih hidup,” katanya.

Diadaptasi daripada novel nukilan Wawa Akil, drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah sebanyak 28 episod mengisahkan Raisya Hanna yang menjadi mangsa fitnah lantaran sifat cemburu dan iri hati.

Kejadian itu membuatkan Raisya membawa diri ke pinggiran pergunungan Kinabalu. Di situ, Raisya bertemu semula lelaki yang dianggap penghancur kehidupan silamnya.

Selain Aliff dan Sophia, drama terbitan Nuansa Sdn Bhd ini menampilkan Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Jasper Supayah dan ramai lagi.

Mula ditayangkan slot Akasia TV3 dan platform Tonton, Isnin ini jam 7 malam. BH

‘Drama’ Aliff, Sophia sebelum tayang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker