Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR

Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR

Mahkamah Tinggi mengarahkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin, serta defendan lain dinamakan dalam tuntutan mahkamah berhubung pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, memfailkan pembelaan mereka, sebelum 28 Feb.

Tarikh akhir telah ditetapkan semasa pengurusan kes, hari ini.



Mahkamah turut mengarahkan Hatta Sanuri, yang memfailkan saman itu, untuk menjawab sebarang jawapan yang mungkin ada kepada pembelaan itu, sebelum 28 Mac.

Ia juga menetapkan 30 Mac bagi pengurusan kes seterusnya.

Selain Mahathir dan Muhyiddin, Hatta turut menamakan bekas menteri hal ehwal ekonomi, Mustapa Mohamed, bekas menteri pengangkutan, Wee Ka Siong dan kerajaan sebagai defendan.

Plaintif mendakwa Mahathir, yang memimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018, cuai dan melakukan salah laku awam apabila menangguhkan projek itu.



Akibatnya, katanya, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM46 juta kepada Singapura.

Hatta juga berkata, Muhyiddin cuai dan melakukan salah laku awam apabila pentadbirannya menamatkan projek HSR pada 1 Jan 2021, menjadikan negara bertanggungjawab membayar pampasan selanjutnya sebanyak RM320 juta mengikut perjanjian dua hala dimeterainya.

Dalam penyata tuntutan Hatta mengatakan, berikutan pembatalan itu, rakyat Malaysia mengalami kehilangan 70,000 potensi pekerjaan bergaji tinggi, potensi pulangan sebanyak RM70 bilion, serta lebih RM366 juta pampasan yang perlu dibayar kepada Singapura.

Beliau berkata, pembatalan itu juga mengakibatkan hilangnya keyakinan pelabur asing.



Hatta memohon pengisytiharan bahawa pembatalan projek itu terbatal dan tidak sah.

Beliau juga meminta pengisytiharan bahawa defendan telah melakukan salah guna awam dan pengembalian RM366 juta oleh defendan, serta ganti rugi dan pampasan RM1 juta kepada setiap warganegara atas kelewatan pembinaan HSR.

Malaysia dan Singapura pertama kali menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek itu, pada 13 Dis 2016.

Projek itu telah ditamatkan pada 1 Jan 2021 susulan beberapa kelewatan.



Ia melibatkan pembangunan laluan HSR sepanjang 350km, yang mampu memendekkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada 90 minit sahaja. FMT

Mahathir, Muhyiddin diarah fail pembelaan kes saman projek HSR

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib



Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker