Lelaki transgender tunjuk zakar depan polis

Seorang lelaki transgender yang mendedahkan ‘zakarnya’ ketika membuka pintu rumah yang diketuk oleh dua anggota polis telah didenda £320 (RM1,641) di mahkamah, lapor portal berita MailOnline semalam.

Jane Knightingale, 55, berdiri tanpa seurat benang di hadapan dua anggota polis yang dipanggil ke rumahnya di Fountainbridge, Edinburgh berikutan laporan mengenai ‘gangguan ganas’.

Knightingale kemudian enggan membenarkan dua anggota polis itu masuk ke rumah dan menggelar seorang daripada mereka sebagai fasis Nazi. Dia berkata, namanya ialah James Savile OBE apabila diminta pengenalan diri dalam insiden pada 17 Januari 2020.

Dia dibicarakan di Mahkamah Syerif Edinburgh minggu ini kerana dituduh menghalang tugas penjawat awam, mengeluarkan komen homofobia dan menyinggung perasaan perkauman serta sengaja mendedahkan diri kepada dua anggota polis itu.

Mak nyah yang bekerja sebagai pemuzik itu juga dikenali sebagai Jason Pilley. Knightingale mendakwa dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam van polis dan dibawa ke balai polis ketika masih tidak berpakaian.

Seorang anggota polis, David Hughes berkata, dia dan rakan sekerja menemui cap tangan berdarah di pintu depan rumah Knightingale berikutan laporan gangguan ganas sekitar pukul 10.30 malam (waktu tempatan).

Menurutnya, dia terkejut apabila Knightingale membuka pintu kepada mereka dalam keadaan bogel sepenuhnya. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker