Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua

Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua

Pasangan adik beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani diumumkan sebagai juara program Famili Duo yang ditayangkan di TV3, sebentar tadi.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000.



Di pentas akhir Famili Duo itu, Yamani dan Zaki mempersembahkan lagu berjudul medley Hutang dan Bunga, sesuai tema Lagu Dari Juara Lagu dan juga Kau Pun Sama untuk tema bebas.

Kedua-dua anak kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah itu meluahkan rasa syukur atas kemenangan mereka di pentas pertandingan penuh mencabar itu.

“Terima kasih terutamanya untuk doa kalian dan ibu bapa kami,” kata Yamani.

Sementara itu, Zaki turut mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada barisan juri.



“Terima kasih Famili Duo kerana memberi peluang kepada kami. Terima kasih Abang Ajai dan Mummy (Mas Idayu). Terima kasih ibu saya yang beri semangat,” kata Zaki.

Sementara itu, tempat kedua dirangkul oleh pasangan adik beradik Ayda dan Fyna Jebat sekaligus berjaya menbawa pulang wang tunai RM20,000.

Pasangan Bella Astillah dan Wani Kayrie berjaya merangkul tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000.

Tempat keempat pula jatuh kepada pasangan duo Sissy Imann dan Naim Daniel sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.



Famili Duo diacarakan oleh gandingan pengacara Janna Nick dan Sean Lee serta dibarisi barisan juri profesional, Mas Idayu dan Ajai. HM

Yamani, Zaki juara Famili Duo musim kedua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya



Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker