Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’

Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’

Seorang penulis yang juga pendakwah bebas, hidup dalam ketakutan apabila hampir setiap hari diganggu seorang wanita psiko menerusi mesej-mesej pada aplikasi media sosial sejak dua tahun lalu hingga kini.

Lebih membimbangkan gangguan tersebut tidak hanya melalui media sosial, bahkan wanita itu berani menghantar pelbagai hadiah termasuk menunggu berjam-jam lamanya di tempat kerja lelaki tersebut sehingga memaksanya untuk melaporkan kepada polis.



Menerusi hantaran Twitter lelaki itu yang dikenali sebagai Fakhri Fadzli, graduan dari Universiti Jordan itu memberitahu, dia diganggu sejak April 2021 melalui Instagram apabila wanita tersebut meminta untuk berkenalan.

“Dari awal saya tolak dengan cara baik. Saya tidak berminat, tapi dia langsung tidak berhenti. Saya ada berpuluh-puluh ‘screenshot’ yang tunjuk sikap delusional dia, sangat mengganggu hidup.

“Pada Disember 2021, saya baru mula kerja tidak sampai seminggu. Dia hantar hadiah-hadiah dari Arab Saudi, tempat dia tinggal dan bekerja. Hantar hadiah ke alamat pejabat pula tu. Saya rasa terganggu, sampai ke tempat kerja pun dia berani,” katanya memuat naik gambar hadiah-hadiah yang diterima.

Hadiah-hadiah yang dikirimkan wanita psiko tersebut kepada Fakhri.
Fakhri yang mesra dipanggil ustaz dalam kalangan rakan serta pengikutnya menceritakan, paling menakutkan apabila wanita itu berjaya mendapatkan nombor telefon dan menggangu hidupnya menerusi WhatsApp.



“Sedangkan nombor telefon saya itu baharu dan tidak ramai orang tahu melainkan kawan dan keluarga. Ini WhatsApp dia, sangatlah delusional. Nak lindungi saya daripada apa? Dia siap bagi alamat rumah dan nombor telefon ayah, suruh saya jumpa. Seolah-olah macam saya dah bersetuju untuk berkahwin dengan dia. Delusional teruk.

“Saya WhatsApp ayah dia dan cerita satu persatu apa yang dia buat. Ayah dia memahami dan minta maaf bagi pihak anaknya. Gangguan akhirnya berhenti sekejap, ingatkan akan berhenti selama-lamanya,” katanya.

Fakhri berkata, pada Mei tahun lalu sewaktu majlis rumah terbuka hari raya di tempat dia bekerja, wanita itu semakin berani serta datang ke pejabatnya.

“Dia ikut saya ke mana-mana sebab nak bercakap. Dalam enam jam dia sanggup duduk dan tunggu. Sampai saya terpaksa bersembunyi dalam tandas, gila weh psiko.



“Kemudian pada 2 Oktober tahun lalu, saya adakan kelas ayat Kursi dan saya rasa tidak sedap hati. Jadi saya minta penganjur periksa nama dia. Rupanya dia berdaftar untuk kelas fizikal. Saya minta mereka batalkan, tapi dia tetap datang juga walaupun tidak diundang. Ya Allah,” luahnya.

Meneruskan cerita, Fakhri berkata, selama tiga jam dia terpaksa mengawal perasaan dan bercakap seolah-olah tiada sebarang perkara yang terjadi kerana wanita tersebut berada di hadapannya.

“Sampaikan bila habis kelas pun saya terpaksa balik terus, tak sempat berbual dan bersoal jawab dengan peserta. Namun dua hari kemudian, wanita itu datang ke pejabat untuk berjumpa saya.

“Kali ini lebih agresif sampaikan hempas pintu depan orang ramai. Selepas itu, duduk di kawasan kakitangan untuk tunggu saya di situ. Sangatlah psiko ya perempuan ini.



“Jadi sekali lagi saya terpaksa maklumkan kepada ayahnya dan dia sangat marah apabila ayah dia datang untuk bawa dia balik. Ayah dia berulang-ulang kali minta maaf pada saya. Saya cakap terus yang saya tak marah pun ayah dia. Ini ujian dia sebagai ayah, tapi saya minta supaya kawal,” katanya.

Mengulas lanjut, Fakhri berkata, dia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk melindungi dirinya dan orang lain memandangkan wanita tersebut mengganggu secara fizikal selain trauma dan takut hendak ke mana-mana.

“Di media sosial pun sebab saya tahu dia akan sentiasa ‘stalk’. Sampailah semalam, saya ingatkan saya dah boleh hidup dengan aman. Rupanya dia masih lagi ganggu saya. Berpuluh-puluh mesej peribadi dan kali ini memang dah sangat melampau. Siap ugut untuk kacau keluarga saya pula.

“Tengoklah delusional dia ini. Dia ingat ada orang yang pengaruhi saya. Saya bingung, sejak dua tahun tidak berhenti ganggu macam ini. Saya akan berkahwin nanti dan saya risaukan diri saya dan bakal isteri kalau gangguan ini tak berhenti,” katanya menunjukkan akaun terbaharu wanita tersebut biarpun dia telah menyekatnya sebelum ini. K Online



Ustaz trauma 2 tahun diganggu wanita ‘psiko’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker