Denda RM1,000 jika keluar kenyataan rasis, seksis, hina di Parlimen

PETALING JAYA: Ahli Parlimen yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, seksis atau menghina dalam sidang Dewan Rakyat boleh didenda RM1,000 dan digantung, kata Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Beliau berkata, sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen turut ditubuhkan bagi mengawasi tingkah laku Ahli Parlimen.

Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani itu berkata, Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 mengandungi peruntukan mendenda Ahli Parlimen ingkar sebanyak RM1,000.

“Namun, ia tidak pernah digunakan. Malah, kita bercadang untuk meningkatkan lagi jumlah denda ini (melalui pindaan kepada akta itu).

“Ahli Parlimen terbabit juga boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, dengan hukuman maksimum digantung daripada Parlimen selama enam bulan, yang jarang digunakan speaker sebelum ini,” katanya menurut Berita Harian.

Langkah itu diambil Johari sebagai salah satu pelan pembaharuan bagi memperkasakan Parlimen.

Antara perkara lain yang bakal dilaksanakannya adalah menangguhkan sidang Parlimen selewat-lewatnya sehingga 8.30 malam, selain pengecualian bertali leher yang diperkenalkannya dalam sidang lalu.

Pada masa sama, Johari berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan sebagai rujukan kepada Ahli Parlimen berhubung kenyataan menyinggung perasaan.

Katanya, kenyataan menyinggung perasaan yang disampaikan Ahli Parlimen mencerminkan diri mereka dan boleh mengganggu perjalanan persidangan, justeru beliau berikrar menamatkan kekecohan sedemikian di Parlimen.

Parlimen akan mula bersidang 13 Feb ini hingga 30 Mac nanti, dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2023 yang baharu pada 24 Feb.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

s

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker