Kumpulan Kristian sambut baik Fatwa Johor sebagai panduan

PETALING JAYA: Majlis Gereja Malaysia (CCM) menyambut baik fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) yang disifatkannya panduan baik untuk umat Islam dan bukan Islam.

Setiausaha Agung CCM, Jonathan Jesudas berkata orang bukan Islam harus menghargai batasan yang dikenakan terhadap umat Islam di bawah undang-undang syariah dan peka terhadap kepercayaan umat Islam apabila menjemput orang Islam ke majlis sambutan dan perayaan mereka.

“Penjelasan yang diberikan MAINJ dialu-alukan dan pastinya dapat menggalakkan keharmonian dan interaksi lebih baik dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.



Minggu lalu, MAINJ mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menghadiri dan menyertai upacara ritual perayaan agama lain di negeri itu.

Menurutnya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah memperkenan fatwa itu yang berkuat kuasa 2 Feb lalu.

Pada hari sama, Sultan Johor bertitah fatwa itu tidak bercanggah nilai toleransi, perpaduan dan persefahaman antara agama, seperti yang dianuti di bawah konsep “Bangsa Johor”.

Baginda menjelaskan ia hanya melarang umat Islam mengambil bahagian dalam upacara keagamaan lain, tetapi mereka masih boleh menghadiri acara perayaan agama lain.



Jesudas berkata, menakjubkan bagaimana rakyat Malaysia berbilang agama meraikan perayaan keagamaan mereka bersama.

“Rumah terbuka merupakan amalan khas rakyat Malaysia. Ketika Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Krismas, Gawai, Kaamatan dan perayaan lain, rakyat Malaysia mengunjungi satu sama lain, menikmati juadah dan melayan jiran serta rakan mereka.

“Ini sebahagian daripada kehidupan kita, sehingga dalam kegembiraan, kita hampir tidak berhenti dan menyedari ini adalah keharmonian agama dan toleransi. Ini yang menyatukan masyarakat Malaysia dan membezakan kita daripada negara lain.”

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)



Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]



s

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker