Hajiji kini diangkat sebagai Presiden Gagasan Rakyat

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor dipilih sebagai presiden Gagasan Rakyat, dua bulan selepas beliau mengetuai sekumpulan penyokong keluar dari Bersatu Sabah.

Beliau dinamakan presiden Gagasan Rakyat pada mesyuarat agung luar biasa parti itu hari ini, menggantikan Stephen Jimbangan yang meletak jawatan pada Disember.

Hajiji, yang juga ketua menteri berkata, partinya kini akan menjadi sebahagian daripada GRS, gabungan yang membentuk kerajaan negeri.

Beliau berkata GRS sudah lama mengidamkan parti yang benar-benar tempatan untuk menjadi sebahagian daripada gabungan itu.

“Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), wadah politik yang 100% tempatan untuk meneruskan perjuangan kepada rakyat dan negeri Sabah,” katanya di Facebook.

Hajiji berkata, beliau dan rakan-rakannya telah menyertai Gagasan Rakyat kerana “ia adalah parti berbilang kaum yang melambangkan keterangkuman dan ia juga mewakili suara rakyat Sabah”.

Beliau berkata agenda Gagasan Rakyat juga selaras dengan empat tonggak perjuangan GRS untuk mendahulukan Sabah.

Katanya, menjadi parti tempatan tidak bermakna Sabah menolak agenda nasional atau membelakangkan kepentingan negara.

Hajiji berkata, beliau akan menjelaskan dengan lebih terperinci hala tuju Gagasan Rakyat pada 2 Mac ini.

Beliau berkata parti itu akan mewujudkan cawangannya di semua 73 DUN termasuk pembentukan sayap Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Mesyuarat agung cawangan dan bahagian dijadualkan pada Julai dan September, dan parti itu akan mengadakan kongres tahunannya pada November.

Hajiji juga mengumumkan barisan kepimpinan parti, dengan pelantikan selanjutnya akan dibuat tidak lama lagi.

Presiden: Hajiji Noor;
Timbalan presiden: Masidi Manjin;
Naib presiden: Arifin Arif; Rubin Balang; Masiung Banah;
Ketua wanita: Redonah Bahanda;
Ketua Pemuda: Fairuz Renddan;
Ketua Beliawanis: Emmie M.Idang;
Setiausaha Agung: Razali Razi;
Timbalan Setiausaha Agung: Stephen Jacob Jimbangan;
Bendahari Agung: Ghulam Haidar Khan;
Timbalan Bendahari agung: Tahir Picho.
Ketua Penerangan: Nizam Abu Bakar Titingan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Campak Botol Wiski Dari Balkoni Ke Jalan Raya (Video)

Lelaki ditahan arah kakak ipar hisap kemaluannya

Wanita tanggal pelitup muka terkejut lintah melekat dalam hidung [VIDEO]

s

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker