Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam

Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam

Penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam berharap anaknya, Syamsul Yusof yang kini memiliki dan menerbitkan filem bawah produksi sendiri akan terbuka hati kembali ke Skop Productions suatu hari nanti.

Mengakui Syamsul sebagai aset Skop selama ini, pemilik nama sebenarnya Mohd. Yusof Md. Haslam Khan tetap mendoakan yang baik-baik buat Syamsul yang bakal muncul dengan filem terbaharu, The Original Gangster tidak lama lagi.

Kata Yusof, 69, filem tersebut tiada kena-mengena dan bukan terbitan Skops yang selama ini menjadi tempat bertatih Syamsul sejak mula bertapak dan berjuang bertahun-tahun selama ini.

“Filem The Original Gangster tidak melalui Skop. Sebagai bapa, kalau itu pilihan dia, terserahlah.

“Walau dia tidak bersama saya pun sebagai bapa, saya akan sentiasa doakan anak saya berjaya.

“Insya-Allah, suatu hari dia akan patah baik ke Skop Productions. Tempat dia bertapak dulu. Tempat bapa dia berjuang selama berpuluh tahun untuk sampai ke tahap sekarang ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Yusof lagi, apapun yang berlaku kepada Syamsul sejak kebelakangan ini, beliau percaya, hubungan anak dan bapa tidak akan pernah terputus.

“Barangkali dia dalam keadaan yang tertekan tapi saya tetap sayangkan dia. Sayangkan menantu-menantu saya.

“Saya doakan yang terbaik kalau dia buat filem dengan orang lain. Sebagai bapa, tak pernah terlintas nak tengok anak jatuh. Itu bukan Yusof Haslam.

“Kalau saya marah, itu orang kata, di mulut sahaja di hati, Tuhan yang tahu.

“Sebab itu bila kita menangis, itu bukan main wayang sebaliknya datang dari dalam hati kita. Saya doakan yang terbaik buat sesiapa sahajalah yang ada kaitan,” katanya.

The Original Gangster merupakan filem aksi ngeri jenayah Malaysia yang akan datang arahan Syamsul terbitan sulung, Syamsul Yusof Films dan Razor’s Edge Pictures.

Filem tersebut merupakan francais terbaharu yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof dan juga merupakan filem aksi pertama termahal bawah produksinya sendiri.

Menelan kos termahal RM20 juta, filem terbabit dibintangi ramai pelakon hebat tanah air seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Hairul Azreen, Shaheizy Sam dan Datuk Rosyam Nor. K Online

Saya harap Syamsul akan kembali – Yusof Haslam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan

Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker