Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba pelakon Zarina Anjoulie dilihat memadam gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey dalam Instagram dan TikTok.

Dilihat sebagai pasangan romantis, tindakan seperti membayangkan dia sedang patah hati mengundang spekulasi terutama kepada pengikut setia yang selama ini melihat kemesraan mereka dalam laman sosial.



Apatah lagi bintang filem Mimpi Moon yang mesra disapa Anju itu turut menyelitkan kapsyen pendek, seakan membayangkan perasaannya ketika ini.

“Broken (hancur) tapi masih bertahan,” tulisnya ringkas pada ruangan keterangan video berlatarkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.

Lebih membuatkan peminat tertanya-tanya apabila aktres yang suka berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian dengan pengikut itu menutup ruangan komen.

Dalam hantaran lain pula, pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 35, itu memuat naik gambar terbaharu bersama kapsyen yang menyatakan dirinya mengelak daripada perkara kurang menyenangkan.



Sebelum ini, Zarina secara berseloroh mengatakan lelaki berkenaan tidak akan mengahwininya selagi berat badannya tidak turun.

Begitupun, kemudian kapsyen baharu ‘dinaikkan’ yang mengatakan kenyataan sebelum ini telah dijadikan isu sedangkan itu hanya gurauan.

Terdahulu, pada 26 Januari lalu Zarina mendedahkan mereka sudah ‘diikat’, namun tidak berkongsi tarikh disatukan biarpun sudah menempah baju pengantin dan cincin.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan tersebut akan berlangsung pada Mac ini, malah bakal suaminya juga telah membeli rumah baharu di sebuah kawasan elit.



Menerusi perkahwinan terdahulu, Anju dikurniakan seorang anak lelaki.

Sebelum ini, Zarina dan Elzey yang berstatus duda didakwa sudah berkahwin secara rahsia selepas tampil mesra dan membahasakan satu sama lain sebagai papa dan mama. K Online

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Apa salah saya’, Mahathir tanya pengundi Langkawi

Pelajar perempuan bogel ketika keluar dari kereta selepas kemalangan



Wanita 23 tahun jadi jutawan selepas kerja cuci rumah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker