Isteri culik teman wanita suami

Isteri culik teman wanita suami

Gara-gara marahkan suami curang, seorang isteri merancang penculikan seorang wanita warga asing, yang juga teman wanita suaminya, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata penculikan itu berlaku di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, di sini, kira-kira jam 11.45 malam.



Beliau berkata, ketika kejadian, teman lelaki mangsa meninggalkannya bersendirian di dalam kereta tanpa mematikan enjin dan pintu tidak berkunci.

“Dia kemudian dimaklumkan saksi bahawa keretanya dilarikan seorang lelaki yang tidak dikenali dengan mangsa berada di dalam kereta, menuju ke jalan besar menghala ke Gombak.

“Lelaki berusia 34 tahun itu segera menghubungi telefon bimbit mangsa tetapi mendapati ia sudah dimatikan. Beliau kemudian membuat laporan polis pada jam 12.38 pagi, Sabtu lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, hasil siasatan, polis berjaya mengesan kereta pengadu, yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Rawang, namun mangsa tiada dalam kenderaan itu.



Katanya, di antara jam 1.50 pagi hingga 5.30 pagi Ahad lalu, polis menangkap dua wanita iaitu ibu dan isteri pengadu serta seorang lelaki tempatan, dalam serbuan berasingan di Temerloh, Pahang dan Bandar Baru Sentul, di ibu kota.

“Berpandukan maklumat diberikan ketiga-tiga suspek, yang berusia antara 37 tahun dan 52 tahun itu, kita berjaya menyelamatkan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 7.10 malam, hari sama,” katanya.

Eng Lai berkata, mangsa berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ringan di hidung, muka, kepala serta badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.

Katanya, polis turut merampas beberapa telefon bimbit milik suspek dan mangsa, serta sebuah kereta yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa.



“Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama kejadian ini adalah ibu dan isteri pengadu, yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.

“Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Isteri culik teman wanita suami

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker