Ura-ura Khairy sertai PN – Sanusi

Ura-ura Khairy sertai PN – Sanusi

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan harapan agar ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO menjadi kenyataan.

Menurut beliau, penyertaan personaliti politik itu akan memberikan kesan positif dan kekuatan kepada PN terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam masa terdekat.



Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PN sentiasa membuka ruang untuk mana-mana individu yang dipecat atau digantung UMNO untuk menyertai parti itu sekiranya mereka berminat.

“(Kalau KJ sertai PN akan beri) kesan positif, (semua pemimpin) yang dibuang daripada UMNO (ini adalah) orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat… KJ siapa kata tak hebat? Siapa kata Annuar Musa, Noh Omar, Shahidan Kassim, Hishamuddin tidak hebat? Semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia.

“Prestasi KJ (semua sudah tahu), berapa lama (beliau menjadi Menteri Kabinet), seorang (insan yang) hebat, kalau dapat menyertai PN, apa dia nak jadi pun (sangat dialu-alukan), Alhamdullilah, terima kasih KJ (kalau sertai PN)… saya harap ia menjadi kenyataan, orang baik (saya harap) mai (sertai PN), orang tidak bagus pergi berhimpun, berkumpul di sebelah sana (Pakatan Harapan),” kata beliau.

Semalam, Khairy dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor.



Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat daripada parti itu, beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuk jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya menang.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan tersebut selain mendedahkan beliau turut tidak bercadang untuk menubuhkan parti baharu di negara ini. Aw

Ura-ura Khairy sertai PN – Sanusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker