Malaysia pernah memiliki syarikat pengeluar kereta Lamborghini

PETALING JAYA – Jenama kereta ‘supercar’ Lamborghini tidak perlu diperkenalkan lagi, malah kemahsyuran jenama tersebut pasti sahaja semua masyarakat mengenalinya.

Namun, sebenarnya jenama kereta dari Itali ini sebenarnya pernah dimiliki oleh salah sebuah syarikat tempatan kita.

Selain pegangan saham Lotus milik United Kingdom pernah diambil alih oleh Proton, Lamborghini juga telah dimiliki Malaysia pada 1994.



Menurut laman sosial Patriots, menjelang tahun 1978, syarikat Lamborghini diisytihar ‘bankrupt’ sehingga membawa kepada penjualan secara ‘lelong’ dibuat pada tahun 1981.

Lamborghini kemudiannya dijenamakan semula sebagai ‘Nuova Automobili Lamborghini SpA’ selepas syarikat itu dibeli oleh pasangan adik beradik hartawan, Patrick Mimran dan Jean Claude.

Setelah itu, pada tahun 1987, kepimpinan Lamborghini bertukar tangan sekali lagi, setelah syarikat Chrysler Corporation membeli keseluruhan saham Lamborghini.

Pemilikan Chrysler juga tidak bertahan lama, bila mana Lamborghini dijual kepada firma pelaburan Malaysia (Mycom Setdco) dan syarikat gergasi Indonesia (V’Power Corporation) pada tahun 1994.



Disebabkan kegawatan ekonomi yang melanda dunia pada 1998, Audi Group kemudiannya mengambil alih ‘Automobili Lamborghini SpA’ daripada syarikat Mycom dan V’Power dan kekal sehingga ke hari ini.

Di bawah pengurusan Audi Group, Lamborghini berjaya mengembalikan semula zaman kegemilangannya dengan pengeluaran model-model ‘ultraluxury’ sepertimana yang kita dapat lihat hari ini.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker