Blok apartmen meletup di Jersey
SAINT HELIER, JERSEY – Anggota-anggota penyelamat bertungkus-lumus sepanjang malam mencari mangsa terselamat dalam insiden letupan di Saint Helier, Jersey, malam semalam yang memusnahkan sebuah blok apartmen serta meragut sekurang-kurangnya tiga nyawa.
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan api marak menjilat bangunan tiga tingkat di ibu kota pulau tersebut, Saint Helier. Beberapa mangsa yang lain masih hilang.
Letupan tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi (waktu tempatan), beberapa jam selepas terdapat laporan mengenai kebocoran gas di bangunan tepi pantai itu.
“Kawasan kejadian masih terbakar dan pasukan kecemasan bekerja keras sepanjang malam. Kami tidak akan berhenti buat masa ini,” kata Ketua Pegawai Bomba, Paul Brown.
Seorang penduduk berdekatan, Anthony Abbott berkata, tingkap apartmen miliknya pecah di bahagian hadapan akibat terkena serpihan letupan dan terdapat api di merata-rata tempat di luar kediamannya.
“Keadaan di luar amat cemas. Saya agak terkejut, namun nasib baik kami dalam keadaan selamat,” katanya.
Syarikat pembekal gas Jersey, Island Energy berkata, pihaknya bekerjasama dengan perkhidmatan bomba untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden itu.
Polis berkata, api telah dipadamkan namun, perkhidmatan kecemasan sedang melakukan ‘tugas-tugas penting’ di lokasi kejadian dan operasi menyelamat mungkin mengambil masa berhari-hari.
“Terdapat juga kerosakan pada bangunan berdekatan selain blok lain pangsapuri tersebut juga perlu dipastikan selamat,” kata Ketua Polis Jersey, Robin Smith.
Smith sebelum itu memberitahu bahawa puluhan mangsa masih hilang namun, angka tersebut mungkin boleh berubah.
Jersey merupakan sebuah pulau bebas di bawah sistem beraja Britain, yang bukan sebahagian daripada United Kingdom, di mana ekonominya bergantung kepada sektor perbankan, pelancongan dan perikanan. – AFP
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- UMNO sahkan Annuar Musa, Fatimah dan Shamsiah dipecat
- SPRM siasat dana RM90 bilion, RM430 bilion bukan dari kerajaan
- Tak minat sertai PAS, PN, kami ‘intai’ parti PH lain, kata bekas ahli Amanah
- Muhyiddin enggan jadi Ketua Pembangkang, hanya mahu jawatan PM
- Api dalam sekam yang bakar rumah – Isham bidas Annuar
- Muhyiddin ‘penghalang’ kerjasama BN-PN
- Tidak pernah lebih daripada 5 orang
- Calon PRU15 kongsi video guna pistol tanpa lesen ditahan
- Hakim digantung tugas kongsi gambar tidak sopan
- Hantu rosakkan bulan madu wanita jadi ‘isterinya’
- Menang di Parlimen Padang Serai, PN tidak boleh ‘besar kepala’
- Reen Rahim dapat tajaan nikah RM15 juta
- Ramai masih berharap dapat keluarkan duit KWSP
- Piala Dunia Qatar: Pegawai skuad Brazil cengkam kucing dikecam [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Baru saja kahwin Dai Syed dah cakap pasal kahwin lain (Video)
Farid Kamil Terlepas Hukuman Penjara Sebab Berlakon Watak Anwar Ibrahim?
You must be logged in to post a comment.