Baby Shark catat 10 bilion tontonan

Baby Shark catat 10 bilion tontonan

Klip video lagu kegemaran kanak-kanak, Baby Shark menjadi video pertama di laman YouTube yang mencecah sebanyak 10 bilion tontonan, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pihak YouTube kepada stesen penyiaran CNN.

Lagu kanak-kanak itu diterbitkan oleh sebuah syarikat pendidikan dari Korea Selatan bernama Pinkfong dan dinyanyikan oleh penyanyi berdarah Korea-Amerika Syarikat, Hope Segoine.

Sejak ditayangkan, lagu tersebut tular di Benua Asia pada 2016 sebelum mula mendapat tumpuan rakyat Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Bukan itu sahaja, Ia turut dijadikan sebuah rancangan oleh saluran televisyen ‘Nickelodeon’ dan menjadi lagu tema kelab besbol AS, Washington Nationals ketika memenangi perlawanan siri dunianya.

Lagu itu turut memasuki senarai 40 lagu terbaik Billboard dan memberi inspirasi nyanyian pada rancangan drama komedi Ted Lasso oleh Jamie Tartt yang ditayangkan menerusi Apple TV+.

Pada 2019, Ketua Pegawai Eksekutif Pinkfong, Bin Jeong memberitahu CNN bahawa pihaknya tidak menyangka video tersebut mendapat sambutan sebaik itu.

Syarikat itu telah menjemput kanak-kanak seluruh dunia untuk berkongsi tarian Baby Shark mereka bagi meraikan pencapaian istimewa tersebut. K Online

Baby Shark catat 10 bilion tontonan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker