Sempat berbual sebelum rebah dan meninggal dunia

Sebaran :


Allahyarham Mohd. Husni Mubarak (tengah) sempat bergambar bersama rakan-rakannya sebelum memulakan larian pada pagi ini di Taman Tasik Bandar Baru Senawang, Seremban

Sempat berbual sebelum rebah dan meninggal dunia

SEREMBAN – Seorang pelari dari Nismilan Runners Club (NRC) meninggal dunia selepas dilaporkan rebah sebaik sahaja menamatkan aktiviti larian berganti-ganti berkumpulan yang diadakan bersama ahli kelabnya pagi ini.

Mohd. Husni Mubarak, 41, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Senawang.



Setiausaha NRC, Faizul Shahrul Mohd. Salleh, 46 , berkata, ketika kejadian, Allahyarham baru sahaja selesai menamatkan larian berganti-ganti berkumpulan sejauh lima kilometer di Taman Tasik Bandar Baru Senawang di sini dan menyertai rakannya yang lain yang sedang berkelah.

“Ketika arwah selesai berlari sejauh satu kilometer dia sempat bersama kami berbual mengenai bekas pemain bola sepak kebangsaan, Serbegeth Singh yang meninggal dunia ketika sedang berbasikal kelmarin.

“Kemudian dia tiba-tiba sahaja rebah sehingga menyebabkan terdapat luka di kepala terkena batu di atas jalan dan mengalami sawan.

“Kami terus menghantar dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan namun tidak lama kemudian kami dimaklumkan oleh doktor bertugas dia sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Menurutnya, kelabnya mengadakan aktiviti dan berkelah di taman berkenaan sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ke-74 hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian tersebut dan mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut. K Online

Sempat berbual sebelum rebah dan meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *