Kes RM25 juta lesap: SPRM disaran simpan barang bukti di Bank Negara

SPRM perlu menyimpan barang bukti bernilai tingginya di Bank Negara untuk mengelak kejadian serupa melibatkan kecurian RM25 juta daripada simpanannya, kata Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), salah satu daripada lima panel pengawasan terhadap suruhanjaya antirasuah itu.

“JKMR mengesyorkan semua barang kes dalam bentuk wang tunai jumlah besar hendaklah disimpan dalam bank negara, bank-bank lain tidak harus difikirkan dahulu kerana bank negaralah yang utama.

“Dalam soal ini, kalau itu dilakukan tempoh hari kecurian atau pelarian duit ini tidak akan timbul,” kata Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim, yang juga pengerusi JKMR memberitahu sidang media di parlimen hari ini.



Turut hadir pada sidang media itu ialah anggota JKMR lain iaitu Senator Zaiedi Suhaili, Ahli Parlimen Pasir Gudang PKR Hassan Abdul Karim dan Ahli Parlimen Bukit Bendera DAP Wong Hon Wai.

Pada 4 Jan lepas, pegawai kanan SPRM Shahrum Nizam Baharuddin, 40 (gambar, bawah) didakwa atas tuduhan menyelewengkan barang bukti berupa wang tunai bernilai AS$6.94 juta (RM25 juta) di ibu pejabat SPRM di Putrajaya.

Kecurian itu dipercayai berlaku antara 17 Dis 2018 hingga 9 April 2019. Wang itu dirampas daripada kes pecah amanah jenayah.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.



Rais Yatim mengucapkan tahniah kepada pihak berkuasa atas pertuduhan tersebut.

SPRM sedang berdepan dengan krisis kredibiliti, dengan Ketua Pesuruhjayanya Azam Baki juga mempunyai kontroversi yang tersendiri.

Azam mendapat perhatian berhubung pemilikan 1,930,000 saham dalam Gets Global Berhad (sebelum ini KBES Berhad) pada 30 April 2015 bernilai sekitar RM772,000 pada masa itu.

Pegangan sahamnya dalam Gets Global Berhad turun kepada 1,029,500 pada 31 Mac 2016, bernilai sekitar RM340,000 pada masa itu.



Dia juga memegang 2,156,000 saham dalam Excel Force MSC Berhad pada Mac 2016.

Pemilikan saham pada 2015 dan 2016 telah menimbulkan persoalan sama ada ia setimpal dengan pendapatannya sebagai penjawat awam atau tidak. Dia telah menafikan salah laku.

Ketiga-tiga Timbalan Pesuruhjaya SPRM iaitu Ahmad Khusairi Yahaya (operasi), Norazlan Mohd Razali (pencegahan) dan Junipah Wandi (pengurusan dan profesionalisme) tampil membela Azam menegaskan dakwaan terhadap ketua mereka “bermotifkan politik dendam.”

Bagaimanapun, pembelaan mereka telah mendapat kritikan kerana didakwa cuba mendahului siasatan dan menimbulkan persoalan lanjut tentang kredibiliti SPRM.



Rais, pada sidang media hari ini berkata Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah berpendapat SPRM perlu mengendalikan kes-kesnya dengan berhemah.

Dia berkata ini termasuk kenyataan yang dikeluarkannya kepada media “perlu ada standard tinggi dan patut dipertanggungjawabkan.

Kes RM25 juta lesap: SPRM disaran simpan barang bukti di Bank Negara


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker