Jamal tarik diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Jamal tarik diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, mengumumkan penarikan diri sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Jamal berkata, penyertaan dalam badan bukan kerajaan (NGO) itu bertentangan dengan prinsipnya sebagai penghibur.



“Dengan rasa rendah diri, saya ingin menarik diri. Ia berikutan saya merasakan politik tidak sesuai dengan prinsip saya sebagai penghibur yang menginginkan semua orang menyukai saya termasuk peminat yang juga berada dalam parti-parti politik.

“Malah, saya akui ramai yang meminta saya menarik diri termasuklah keluarga, sahabat dan peminat-peminat,” katanya kepada BH Online.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Gadis Melayu itu, dia akan lebih bebas bersuara sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Saya turut berpendapat lebih baik kekal neutral dan kalau ingin melontarkan pandangan, biarlah dengan cara yang tersendiri,” katanya.



Justeru, Jamal melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyokong penyertaannya dan mempercayai kewibawaannya dalam membangunkan MN.

“Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjemput saya menyertai MN dan yakin dengan diri saya.

“Memang sebagai bapa dan ketua keluarga tiada lain yang saya inginkan untuk negara yang tercinta melainkan negara yang aman, bersatu padu, makmur dan sejahtera. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pelantikan penyanyi bervokal mantap itu sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN diumumkan Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media di pejabat MN, di sini, kelmarin.



Selain Jamal, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN. BH

Jamal tarik diri Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker