KWSP i-Citra satu keperluan kecemasan – Asyraf

KWSP i-Citra satu keperluan kecemasan – Asyraf

Pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah satu keperluan kecemasan ketika rakyat masih berdepan ketidaktentuan situasi pandemik Covid-19, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, justeru, pengeluaran itu sangat membantu rakyat dalam memastikan kelangsungan diri memandangkan tiada jaminan bahawa masa depan mereka akan lebih baik, berbanding sekarang.

“Dari bermula Covid-19 sehingga pelaksanaan pelbagai peringkat perintah kawalan pergerakan (PKP), rakyat terkesan sehingga ada yang berhutang, lalu terbeban, dan tidak mahu lagi berhutang,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Kursus Ejen Mengundi, Ejen Pengira dan Ejen Barong (PACABA) oleh Menteri Besar Saarani Mohamad, hari ini.

“Tiada jaminan masa depan mereka akan lebih baik jika sekarang pun sudah sengsara. Rakyat semakin bijaksana (berdasarkan pengalaman PKP), dengarlah suara dan rintihan mereka. Ini pandemik, dan ada keperluan untuk keluarkan KWSP kerana kecemasan,” tambahnya.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dilaporkan, berkata kerajaan tidak berhasrat untuk meluluskan pengeluaran i-Citra KWSP, selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk masa depan kewangan pencarum kelak. FMT

KWSP i-Citra satu keperluan kecemasan – Asyraf


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker