Langkah pendigitalan JPJ oleh Loke kurang cermat – Wee

Langkah pendigitalan JPJ oleh Loke kurang cermat – Wee

Bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong menyifatkan langkah penggantinya Anthony Loke untuk mendigitalkan maklumat lesen memandu dan cukai jalan melalui aplikasi mudah alih MyJPJ sebagai “melulu”.

Presiden MCA memberi amaran ia menimbulkan risiko kebocoran data kerana maklumat peribadi boleh diperoleh dengan memasukkan nombor kad pengenalan seseorang.



“Saya boleh tunjukkan kepada semua bagaimana kebocoran (data) boleh berlaku. Jika itu berlaku, 33 juta data boleh dikesan oleh mana-mana individu.

“Kedua, yang penting ialah 16 juta lesen memandu, butiran itu ada. Saya rasa ini kurang cermat,” katanya ketika membahaskan titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Wee berkata dia telah menolak cadangan itu semasa menjadi menteri pengangkutan kerana risiko terbabit.

“Saya boleh tunjukkan kepada semua bahawa banyak nombor kada pengenalan boleh dikesan dengan mudah. Sebaik sahaja anda menyemak daftar pemilih, anda boleh mendapatkan nombor semua orang di sana.



“Jika itu boleh diakses dengan mudah, saya fikir ini memerlukan tindakan segera daripada kerajaan,” katanya.

Dia juga menyeru kerajaan untuk melihat perspektif yang lebih luas mengenai pendigitalan data dan maklumat bagi memastikan bahawa sebarang inisiatif mesti mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi.

Pada 10 Feb lalu, Loke mengumumkan rakyat Malaysia tidak lagi perlu mempamerkan cukai jalan kenderaan bermotor mereka pada kenderaan sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan JPJ.

Bagaimanapun, pelekat itu masih perlu dipamerkan pada semua kenderaan komersial dan milik asing, termasuk pengangkutan awam.



Pemegang permit memandu pelajar, pemegang lesen vokasional dan warga asing dengan permit memandu Malaysia atau antarabangsa juga mesti membawa lesen fizikal mereka.

Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna, dengan sesetengah pihak membangkitkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan data peribadi yang terlibat dalam aplikasi MyJPJ.

Menjawab itu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pada Ahad lalu berkata kelemahan yang dikenal pasti dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum ia dilancarkan.

Fahmi berkata, SecurityCyber Malaysia telah mengenal pasti kelemahan semasa proses membangunkan aplikasi itu.



Semalam, Loke mengumumkan ciri baru yang akan ditambah pada langkah pendaftaran aplikasi MyJPJ sebagai langkah keselamatan.

Menurutnya, pengguna baharu perlu memasukkan kod unik daripada lesen memandu mereka apabila mendaftar akaun baru dalam aplikasi itu. Mk

Langkah pendigitalan JPJ oleh Loke kurang cermat – Wee

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker