Zii Jia raih suntikan keyakinan, akui Jepun lebih baik

Zii Jia raih suntikan keyakinan, akui Jepun lebih baik

Zii Jia raih suntikan keyakinan, akui Jepun lebih baik
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia beraksi menentang wakil Jepun, Koki Watanabe dalam aksi Kumpulan B Piala Thomas dan Uber 2026 di Forum Horsens, hari ini. – Foto Bernama

Kuala Lumpur: Perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mengakui kemenangan ke atas wakil Jepun hadir tepat pada masanya, sekali gus memberi suntikan keyakinan selepas kembali daripada kecederaan.

Pertembungan terakhir menyaksikan Zii Jia tidak berdepan masalah menundukkan Koki Watanabe 21-13, 21-19 dalam tempoh 41 minit.

Bagaimanapun, kemenangan itu hanya menjadi mata kedua Malaysia apabila skuad negara akhirnya akur tewas 2-3 kepada Jepun dan menamatkan saingan Kumpulan B sebagai naib juara.

Menurut Zii Jia, kemenangan itu cukup bermakna buat dirinya apabila berjaya menewaskan pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia buat kali pertama sejak kembali beraksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Undi 18 Perlu Diambil Kira, Jurang Generasi Jadi Cabaran BN – Dr Zambry


“Saya rasa kemenangan ini penting untuk diri sendiri, terutamanya selepas kembali daripada kecederaan.

“Ini juga kali pertama saya menewaskan pemain dalam kelompok 20 terbaik dunia,” katanya ketika ditemubual BWF.

Mengulas situasi perlawanan, Zii Jia berkata pendekatan permainan bergantung kepada keadaan semasa termasuk jika kedudukan menjadi penentu seperti 2-2 atau ketika pasukan sedang mendahului.

“Kalau kedudukan 2-2, sudah tentu kami akan cuba sedaya upaya untuk menang. Ia bergantung kepada situasi dan taktik yang perlu dilakukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Hormati Keputusan ADUN Negeri Sembilan, Teliti Implikasi Politik – Ahmad Zahid


Dalam masa sama, beliau mengakui berdepan detik mencabar pada penghujung perlawanan apabila hampir melakukan beberapa kesilapan mudah akibat terlalu mahu menamatkan aksi dengan cepat.

“Apabila mata semakin hampir, mungkin saya sedikit terdesak untuk habiskan perlawanan. Itu menyebabkan saya melakukan beberapa kesilapan mudah,” katanya.

Mengulas keputusan Malaysia menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B, Zii Jia mengakui Jepun adalah pasukan yang lebih baik dalam pertemuan itu.

Zii Jia raih suntikan keyakinan, akui Jepun lebih baik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Menjelang Ulang Tahun UMNO Ke-80: Pertandingan Pidato Piala AZH Bermula

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker