Ikrar Teguh Bersama Institusi Presiden… Perkukuh Agenda Bela Agama, Bangsa Dan Negara – Bung

Ikrar Teguh Bersama Institusi Presiden… Perkukuh Agenda Bela Agama, Bangsa Dan Negara – Bung

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin melahirkan keazaman untuk terus mendokong kepimpinan parti di bawah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membawa agenda membela agama, bangsa dan negara.

Katanya, kewibawaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu telah membawa perubahan kepada perjuangan parti keramat ini dalam melalui pelbagai ujian yang mendatang.

“Di Sabah kita berjaya mengharungi rintangan-rintangan ini dan kami memberi jaminan bahawa kami akan lengkap bersatu padu dan memberi sokongan padu kepada Presiden.

“Beliau sebagai pemimpin yang berwibawa membawa arus perjuangan parti yang mampu mengubah sesuatu kelemahan kepada kekuatan serta kekalahan kepada kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pertemuan presiden bersama UMNO Sabah yang turut dihadiri oleh Timbalannya, Datuk Yakub Khan serta kepimpinan bahagian-bahagian negeri itu di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Jumaat.

Jelas Ketua UMNO Bahagian Kinabatangan itu lagi, ini kerana Ahmad Zahid memainkan peranan besar kepada kemenangan UMNO/ BN Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Pertolongan presiden membantu kita mengambalikan maruah UMNO Sabah daripada Kimanis sehingga ke PRN Sabah.

“Untuk itu kami akan terus bersama parti untuk memastikan PRU akan datang UMNO/BN akan mencapai kejayaan.

“Kami akan terus usaha bersama dan iktiar dan akan akur dengan apa juga keputusan parti dalam PRU akan datang,” ujar beliau. – UMNO Online

Ikrar Teguh Bersama Institusi Presiden… Perkukuh Agenda Bela Agama, Bangsa Dan Negara – Bung

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker