Siang tukang cuci, malam jual tubuh di pusat hiburan

Siang tukang cuci, malam jual tubuh di pusat hiburan

GEORGE TOWN – Kegiatan segelintir warga asing yang bekerja di syarikat perkhidmatan pembersihan pada siang hari dan menjual tubuh waktu malam berjaya dibongkarkan Jabatan Imigresen Pulau Pinang.

Kegiatan pelacuran sambilan itu terbongkar selepas sepasukan pegawai dan anggota imigresen menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Penang di sini, malam tadi.

Serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu dilakukan hasil maklumat dan risikan pihak imigresen sejak seminggu lalu.

Seramai enam wanita dan dua lelaki ditahan dalam serbuan tersebut.
Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin berkata, ketika serbuan kira-kira 20 pelanggan warga asing serta tempatan berada dalam pusat hiburan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka yang ditahan berusia lingkungan 30 hingga 40-an dan terdiri daripada dua lelaki serta enam wanita,” katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Shah Inor, serbuan dilakukan susulan risikan pihaknya mendapati wanita warga asing yang datang ke pusat hiburan itu menawarkan perkhidmatan persundalan.

Kesemua tangkapan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut.
Jelas beliau, siasatan juga mendapati wanita warga asing itu mempunyai pekerjaan tetap pada waktu siang dan melakukan kegiatan tidak bermoral itu di malam hari.

“Selain itu, kita juga dapati wanita itu akan membawa pelanggannya pulang ke rumah atau lokasi lain bagi perkhidmatan persundalan.

“Bagaimanapun, siasatan berhubung tawaran harga serta modus operandi digunakan untuk mendapatkan pelanggan masih dijalankan,” ujar beliau.

Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. MG

Siang tukang cuci, malam jual tubuh di pusat hiburan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker