Fathul Bari cabar Azlan Man

Fathul Bari cabar Azlan Man

Fathul Bari Mat Jahya menawarkan diri mencabar bekas menteri besar Perlis, Azlan Man, bagi jawatan ketua Umno Kangar pada pemilihan parti itu.

Beliau yang juga timbalan ketua Umno Kangar berkata, jika diberi peluang mengetuai bahagian itu, beliau mempunyai perancangan khusus menyusun kebangkitan semula susulan kekalahan teruk partinya di Perlis.



“Kita mahu memastikan Umno kembali bangkit dalam keadaan terhormat dan lebih kuat dalam mendepani PRU16 yang dilihat lebih mencabar.

“Tanpa hilang sedikit pun rasa hormat terhadap pemimpin sedia ada selain sebagai respons menghormati demokrasi di dalam parti yang membuka ruang untuk pertandingan, saya menawarkan diri bertanding jawatan ketua Umno bahagian Kangar,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Azlan yang juga ketua Umno Perlis dijangka mempertahankan jawatannya di Kangar walaupun belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Umno akan mengadakan pemilihan parti bermula 1 Feb hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan perlembagaan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).



Pemilihan parti itu membabitkan 22,000 cawangan serta 191 bahagian Umno seluruh negara termasuk bahagian yang digantung.

Pada PRU15, Umno dan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama hilang penguasaan kerajaan negeri, selain gagal memenangi walau satu kerusi. BN kalah semua 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen.

Ketika ditanya sama ada sedia bertanding jawatan ketua Pemuda Umno, Fathul Bari berkata, beliau masih membuat pertimbangan mengenai perkara itu.

“Saya akan mengambil sedikit masa lagi sebelum membuat keputusan meskipun mendapat galakan dan sokongan pelbagai pihak bertanding jawatan berkenaan,” katanya. FMT



Fathul Bari cabar Azlan Man

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan



Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad

Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker