Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya

Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya

Bekas pemimpin UMNO yang dibuang parti, Khairy Jalamuddin meminta platform kecerdasan buatan (AI) ChatGPT membantunya mencari parti yang sesuai untuk disertai sebagai ahli.

Bagaimanapun soalan Which party should Khairy Jamaluddin choose (Parti mana yang harus dipilih oleh Khairy Jamaluddin) tidak mendapat jawapan yang diharapkan.

“Tak guna betul GhatGPT ni. Ingat boleh membantu,” rungut bekas Menteri Kesihatan itu di Instagram.

Model pemprosesan bahasa semula jadi yang dibangunkan oleh OpenAI itu menjawab, ‘dia’ tidak mempunyai pandangan peribadi mengenai soalan yang dilontarkan Khairy.

Sebagai model AI, ia tidak boleh bersikap untuk condong kepada mana-mana parti.

“Sebagai model bahasa AI, saya tidak mempunyai pandangan peribadi atau berpihak dalam hal politik. Keputusan parti politik mana yang akan bergabung adalah bersifat peribadi, dan ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti kepercayaan, nilai dan matlamat individu.

Akhirnya terpulang kepada Khairy untuk menentukan parti mana yang paling sesuai dengan pegangan dan prinsipnya sendiri, dan parti mana yang dia rasa akan memberi perkhidmatan terbaik kepada pengundinya dan negara secara keseluruhannya,” jawap ChatGPT.

ChatGPT menjadi fenomena pada ketika ini kerana ia mampu menjawab soalan daripada pengguna dalam pelbagai perkara.

Teknologi ini boleh memberikan jawapan agak khusus dengan arahan tertentu.

ChatGPT boleh menulis tweet, jenaka, karangan berbentuk dialog, iklan, pesanan teks, ulasan mengenai restoran, kod program komputer dan nasihat profesional malah ia boleh memberikan resepi hanya dengan pengguna memberitahu bahan mentah yang ada di dalam peti sejuk. MG

Khairy minta bantuan ChatGPT cari parti sesuai untuknya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker