Pendedahan ‘@edisi_siasatmy’ sengaja diada-adakan – Acryl Sani

Pendedahan ‘@edisi_siasatmy’ sengaja diada-adakan – Acryl Sani

PENDEDAHAN yang dilakukan pengguna akaun Twitter dikenali sebagai ‘@edisi_siasatmy’ yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dan penyelewengan agensi penguatkuasaan merupakan berita yang sengaja diada-adakan.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang turut mengatakan individu atau kumpulan di sebalik akaun itu sengaja mahu mewujudkan suasana sensasi.

Menurut Acryl Sani, pihaknya masih mengenal pasti individu atau kumpulan yang mengendalikan akaun tersebut.

Kata beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun membuka 13 kertas siasatan untuk menyiasat dan mengenal pasti individu terbabit.

Namun begitu, beliau memkalumkan, sebarang pendedahan yang melibatkan PDRM akan disalurkan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman untuk disemak kebenarannya.

“Setiap perkara yang dinyatakan dalam ‘@edisi_siasatmy’ itu kebanyakannya merupakan berita yang diada-adakan untuk mewujudkan suasana sensasi.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan dan kita harap serta percaya dapat mengenal pasti siapakah mereka yang berada di belakang tabir akaun ini dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir majlis pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Komersial (Jenayah Dalam Talian) 2021, hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, di samping turut mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah serta terlibat dengan rasuah.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa polis menyiasat kenyataan dimuat naik akaun terbabit yang mendakwa segelintir pegawai kanan PDRM yang dipercayai terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Sebelum mengambil tindakan lanjut, Musa turut berharap PDRM terlebih dahulu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya.

Beliau berkata, pegawai dikaitkan dengan dakwaan berkenaan boleh mengambil tindakan saman sivil sekiranya maklumat itu terbukti palsu. Utv

Pendedahan ‘@edisi_siasatmy’ sengaja diada-adakan – Acryl Sani


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker