Hukuman satu pengajaran – Hanis

Hukuman satu pengajaran – Hanis

Pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn mahu memberi tumpuan kepada kempen Liga Hoki Wanita Malaysia (MHL) 2023 dan enggan terlalu tertekan dengan isu penggantungan dihadapinya.

Hanis yang didapati bersalah kerana mengeluarkan ciapan yang mengguris hati sesetengah pihak berhubung satu konsert di Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia sedar akan kesalahannya selain menjadikan peristiwa itu sebagai satu pengajaran.

“Saya terima dengan hati terbuka. Sekarang ini, saya akan fokus kepada aksi liga. Segala masalah saya akan letak tepi kerana mahu merebut tiga gelaran.

“Setakat ini sudah dapat satu,” kata pemain berusia 27 tahun yang mewakili pasukan Negeri Sembilan itu di MHL.

Malam tadi, Hanis membantu Negeri Sembilan menjulang trofi Piala Sumbangsih buat julung kalinya dengan menewaskan KPT-Uniten Thunder 2-1 menerusi penentuan penalti.

Semalam, pemain kelahiran Johor itu didapati bersalah oleh Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) selepas membuat komen berbaur perkauman pada sebuah konsert 28 Januari lalu, sehingga menimbulkan salah faham, kegusaran ataupun kemarahan sesetengah pihak.

“Saya langsung tak menjangkakan apa yang berlaku ini dan saya menerima apa juga orang katakan kepada saya. Saya sedar, sebagai atlet, saya juga ata batasnya.

“Saya perlu fokus kepada saingan liga dan satu trofi sudah pun kami miliki. Jadi komitmen saya amat dituntut kelan untuk memburu dua lagi trofi.

“Mengenai soal mewakili pasukan kebangsaan, saya tidak mahu memikirkannya sangat… apa yang penting saya terus mempamerkan prestasi terbaik dan jika jurulatih anggap saya masih relevan di masa akan datang dan sekiranya mahu menyenaraikan saya, saya bersedia mewakili pasukan kebangsaan,” katanya.

Untuk rekod, Hanis yang bermain di posisi serangan mula mewakili pasukan kebangsaan pada tahun 2014 dan sudah meledak 36 gol dalam 84 penampilan di peringkat antarabangsa. BH

Hukuman satu pengajaran – Hanis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker