Bekas Duta sifatkan pelantikan Nazri sebagai Duta AS hasil ‘pertimbangan buruk’ Anwar

PETALING JAYA: Dua bekas diplomat mengkritik keputusan Putrajaya melantik Nazri Aziz daripada Umno sebagai duta besar ke Amerika Syarikat (AS).

Bekas diplomat, Noor Farida Mohd Ariffin dan Dennis Ignatius, menggambarkan pelantikan Nazri sebagai mengecewakan.

“Tidak adil bagi diplomat sedia ada apabila mereka dinafikan peluang dilantik menjadi duta,” kata Noor Farida, bekas duta ke Belanda, kepada FMT.

“Saya fikir perdana menteri membuat pertimbangan yang buruk apabila menamakan Nazri sebagai duta kita ke AS.”

Beliau juga berkata, langkah itu melemahkan moral diplomat sedia ada, yang mungkin lebih layak bagi jawatan terbabit.

Semalam, Kementerian Luar memaklumkan bahawa Nazri dan sembilan yang lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Yang di-Pertuan Agong.

Nazri sebelum ini dikaitkan dengan pelantikan duta ke AS dan Switzerland ketika pentadbiran terdahulu.

Ignatius, bekas pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Kanada, dalam maklum balas ringkas berkata: “Hari demi hari, PM (Anwar Ibrahim) mengecewakan.”

Dalam pada itu, bekas menteri luar, Syed Hamid Albar berkata, pelantikan Nazri bukan perkara luar biasa.

Pada masa lalu, katanya, ahli politik termasuk Dr Ismail Abdul Rahman dan Zulhasnan Rafique berkhidmat sebagai duta besar Malaysia ke AS.

Bagaimanapun, berbanding di Barat, pelantikan ahli politik Malaysia sebagai utusan akan mencetuskan kontroversi.

“Di Barat, (perkara) lazim ahli politik dilantik sebagai utusan. Kerajaan semasa mesti dibenarkan memutuskan (pelantikan utusan),” katanya.

Tahun lepas, Putrajaya berdepan tekanan daripada Ahli Parlimen pembangkang susulan rancangan melantik ahli politik, yang juga bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, sebagai duta ke Indonesia.

Bagaimanapun, pelantikannya kemudian dibatalkan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker