Anwar tolak cadangan Ramasamy untuk kurangkan Melayu dalam perkhidmatan awam

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan tidak akan mempertimbangkan cadangan supaya reformasi dilakukan untuk mengurangkan dominasi orang Melayu dalam perkhidmatan awam.

Katanya, kerajaan tidak menganggap dominasi kaum Melayu dalam sektor itu sebagai masalah ketika ini.

“Perkara ini kita tidak buka saluran untuk kita pertimbangkan kerana keadaan sekarang saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya menurut Bernama.

Semalam, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy menerusi hantaran di Facebook meminta kerajaan melaksanakan reformasi dalam sektor perkhidmatan awam kerana menurutnya ia kini didominasi orang Melayu dan mahu Anwar segera menangani isu itu serta memastikan perkhidmatan awam mencerminkan komposisi etnik negara ini.

Anwar berkata, cadangan itu hanya pandangan peribadi Ramasamy dan tidak mewakili pendirian DAP atau kerajaan.

“Kita jangan melarang orang bercakap, memberi pandangan. Boleh (beri pandangan), tetapi ia tidak mempengaruhi keputusan DAP dan tidak mempengaruhi keputusan kerajaan,” katanya.

Laporan tahun lalu mendedahkan kira-kira 90% daripada 1.2 juta penjawat awam adalah Bumiputera.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker