Cadangan kurangkan Melayu dalam Perkhidmatan Awam, P. Ramasamy wajar dipecat

Gesaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy agar perdana menteri memecahkan dominasi orang Melayu dalam sektor awam hanya “menyusahkan” Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.

Katanya, kenyataan seumpama itu juga bertentangan dengan dasar Malaysia Madani dan merupakan sabotaj kepada usaha yang dipelopori oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Justeru Mohd Sany berkata, tindakan paling sesuai dilakukan terhadap Ramasamy adalah dengan memecat jawatannya selaku timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.



“Ramasamy sekali lagi mencari pasal dan cuba menjadi hero kaumnya dengan publisiti murahan.

“Tindakan sebegini sudah tentu menyusahkan Pakatan Harapan.

“Tindakan paling sesuai bagi saya adalah memecat beliau dari menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kerana saya yakin ramai lagi pemimpin yang lebih berwibawa untuk menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan

Semalam Ramasamy dilapor menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu sejak dasar itu dilaksanakan ketika era pentadbiran Dr Mahathir Mohamad.



Ramasamy berkata hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai.

Dia turut mendakwa turut terdapat diskriminasi kaum secara rahsia yang berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam.

Mengulas lanjut, Mohd Sany berkata dia yakin DAP juga tertekan dengan kenyataan seumpama itu.

Bagaimanapun dia meminta parti itu berbuat sesuatu kerana ia bukan kali pertama dikeluarkan oleh pemimpin berkenaan.



“Bagi saya, ia tidak wajar keluar dari rakyat negara ini jika mereka mahu menjaga keharmonian antara kaum.

“Oleh itu, saya menyeru rakyat negara ini jangan melayan orang semacam ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker