Kenyataan ‘Sembah Syaitan’, Ustaz Wadi Annuar mohon maaf pada penganut hindu

PETALING JAYA: Penceramah Mohamad Wadi Annuar Ayub membuat permohonan maaf susulan kenyataannya dalam ceramah yang menegur segelintir orang Melayu menyertai perarakan Thaipusam baru-baru ini.

Wadi berkata, pada ceramah itu beliau menegaskan menjadi kesalahan dalam Islam untuk menyertai perayaan agama lain yang berbentuk keagamaan.

“Bagaimanapun, saya terlepas pandang apabila menyebut perkataan ‘sembah syaitan’ dan kekhilafan itu daripada diri saya sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Wadi berkata, beliau tidak berniat menghina atau menyinggung perasaan penganut agama lain.

“Dengan ini, saya memohon maaf kepada seluruh masyarakat India beragama Hindu di atas kenyataan tersebut. Di sini juga saya ingin menyatakan bahawa saya sangat menghormati semua masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker