Zahid bidas Ramasamy, Anthony Loke beri amaran jangan timbulkan polemik

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas panjang lebar mengenai kenyataan pemimpin DAP P Ramasamy yang menggesa “monopoli Melayu” dalam perkhidmatan awam dipecahkan.

Sebaliknya, presiden Umno itu menyerahkan kepada DAP untuk menangano lenyataan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

“Kita tidak patut melayan (Ramasamy). Biar kepimpinan partinya menangani masalah itu,” kata Zahid pada sidang media di Kuala Lumpur.



Umno dan DAP – yang pernah menjadi seterus – kini bersama-sama dalam kerajaan selepas pilihan raya umum ke-15.

Jumaat lalu, Ramasamy berkata di Facebook bahawa perkhidmatan awam memerlukan pembaharuan untuk memecah monopoli kaum tertentu dalam sektor perkhidmatan awam.

Kenyataan timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang itu menimbulkan kecaman termasuk gesaan daripada kalangan pemimpin PH agar DAP memecat Ramasamy.

Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pagi ini menggesa pemimpin parti itu supaya tidak menimbulkan polemik di negara ini.



Loke juga menyatakan bahawa parti itu akan berurusan dengan Ramasamy melalui “saluran dan pendekatan DAP sendiri”.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker