Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

“Jahat tidak jahat, kita tunggu laporan. Saya tidak fikir hal ini dihebahkan tanpa ada kebenarannya,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas penafian Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya.



Bagaimanapun kata Anwar, beliau tidak pasti sejauh mana pembabitan bekas Perdana Menteri dalam isu tersebut namun siasatan sedang dijalankan ketika ini.

“Sejauh mana dia (Muhyiddin) terlibat dalam perkara ini, saya tidak tahu. Tunggu siasatan yang dilakukan.

“Tujuan kita, hendak hentikan sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri, Menteri Kewangan ini, jangan anggap ini tempat untuk kayakan anak menantu dia. Ini pengajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), hari ini.



Kelmarin, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam satu hantaran Facebook menyifatkan tuduhan ini sebagai fitnah jahat yang direka untuk mencalar maruahnya dan keluarga.

Dakwa Muhyiddin ini merupakan sebahagian siri tohmahan jahat dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan -Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bagaimana saya yang tidak mempunyai bidang kuasa dalam penganugerahan kontrak dan keluarga saya yang tidak ada sebarang kepentingan dalam syarikat yang dianugerahkan kontrak, ditohmah menyalahgunakan kuasa demi kepentingan diri dan keluarga?.

“Tohmahan ini sengaja dibuat untuk menutup kepincangan melampau Perdana Menteri dan anggota kerajaannya melantik anak beranak dalam kerajaan termasuk dengan tanggungjawab dan kuasa untuk mengurus kontrak kerajaan. Amalan nepotisme ini tidak boleh ditutup dengan melemparkan tohmahan tidak berasas kepada orang lain,” tegasnya. MG



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker