Pelajar bebas kritik, tegur PM dan kerajaan – Anwar

Pelajar bebas kritik, tegur PM dan kerajaan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan mahasiswa di universiti awam mahupun swasta bebas untuk melontar pandangan, kritikan mahupun teguran kepada beliau dan kerajaan.

Beliau berkata, selagi mana mahasiswa tidak melampaui batas dalam menyatakan pandangan mereka, selagi itu mereka bebas berbuat demikian khususnya dalam kampus masing-masing.

“Buka ruang supaya universiti lebih segar memberikan pandangan melainkan hal-hal mencerca ataupun, perkauman, fahaman agama yang melampau.

“Yang lain itu dibebaskan termasuk teguran atau kritikan terhadap PM (Perdana Menteri) atau kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Majlis Penyampaian Mock Cek berjumlah RM1.29 juta untuk Tabung Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.

Dalam pada itu, Anwar berkata, kebenaran tersebut sudah dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Itu sudah disampaikan kepada Khaled dan juga Fadhlina suasana dan mereka pun sudah buka ruang terutama Menteri Pendidikan Tinggi,” katanya lagi. MG

Pelajar bebas kritik, tegur PM dan kerajaan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker