Kerajaan tidak akan ikut saranan Ramasamy – Anwar

Itu pandangan peribadi bukan parti

Kerajaan tidak akan ikut saranan Ramasamy – Anwar

Isu yang dibangkitkan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang kononnya hanya didominasi kaum Melayu boleh dianggap sebagai pandangan peribadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Ramasamy itu juga bukan pandangan DAP.



Oleh itu, katanya, kerajaan tidak mempertimbangkan untuk membuat sebarang perubahan mengenainya.

“Itu pandangan peribadi dia, kalau perlu timbang, kita timbang, tetapi itu pun bukan pandangan DAP.

“Perkara ini tidak kita bukakan saluran untuk kita pertimbangkan kerana dalam keadaan sekarang, saya tidak fikir itu satu masalah,” katanya kepada media selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Ramasamy menggesa Perdana Menteri mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Katanya, hujah lama yang memihak kepada penguasaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam untuk mengimbangi penguasaan ekonomi bangsa Cina, tidak lagi terpakai kerana ia digunakan oleh Mahathir untuk menginstitusikan hegemoni Melayu dalam sektor awam, khususnya perkhidmatan awam.

Beliau turut mendakwa terdapat juga diskriminasi kaum secara rahsia apabila ia berkaitan dengan prospek kenaikan pangkat untuk bukan Melayu dalam sektor awam. MG

Kerajaan tidak akan ikut saranan Ramasamy – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker