Sabar, PM tambah peruntukan jika kewangan negara kukuh – Zahid

Sabar, PM tambah peruntukan jika kewangan negara kukuh – Zahid

Ahmad Zahid Hamidi percaya Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menggunakan budi bicaranya untuk menambah semula peruntukan pembangunan Ahli Parlimen pada akhir tahun ini atau tahun depan, berdasarkan prestasi kewangan negara.

Timbalan perdana menteri berkata Barisan Nasional (BN), gabungan yang dipimpinnya memahami kekangan kewangan negara ketika ini, namun ia tidak akan menjejaskan kerja-kerja Ahli Parlimen di kawasan yang diwakili.



“Kita harus bersabar sebentar dan insyaAllah perdana menteri akan menggunakan budi bicara terbaik untuk menambah peruntukan itu di akhir tahun atau tahun depan.

“Biarpun peruntukan kewangan adalah sedikit tetapi jika sedikit kita bagi sedikit jika banyak kita berkongsi dengan lebih banyak kawasan yang kita wakili,” katanya.

Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata demikian selepas menghadiri majlis konvokesyen ke-19 Universiti Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Anwar pada 3 Feb mengumumkan pemotongan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen dari RM3.8 juta kepada RM1.3 juta dalam usaha mengawal kewangan negara. Katanya, langkah itu akan dilaksanakan secara berperingkat.



Bagaimanapun Anwar berkata, Putrajaya akan mempertimbangkan peruntukan tambahan sekiranya ada keperluan mendesak seperti bagi menyelenggara infrastruktur di kawasan parlimen.

Ahli Parlimen tanpa mengira parti memberi reaksi negatif terhadap keputusan itu dengan berkata, ia akan menjejaskan perkhidmatan mereka di kawasan masing-masing terutama yang berkhidmat di luar bandar.

Dalam pada itu, Zahid yang menjangkakan kerajaan perpaduan pimpinan pengerusi PH itu bertahan sehingga habis penggal, meminta semua Ahli Parlimen terus berkhidmat dengan sebaik mungkin di kawasan masing-masing, walaupun peruntukan dikurangkan ketika ini.

“Kita ada 4 tahun setengah untuk menghadapi PRU akan datang. Jadi perkhidmatan Ahli Parlimen harus terus diberikan kesinambungan biarpun peruntukan kewangan adalah sedikit.” FMT



Sabar, PM tambah peruntukan jika kewangan negara kukuh – Zahid

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker