Perolehan vaksin, saya cuma sampaikan – Anwar

Perolehan vaksin, saya cuma sampaikan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau hanya menyampaikan maklumat dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang perolehan vaksin Covid-19 yang dibuat tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Kata Anwar, maklumat yang diperolehinya itu kemudian dibentangkan kepada Kabinet sebagai makluman sebelum menyerahkan perkara tersebut kepada badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



“Kita serah pada badan penyiasat, SPRM dan lain-lain bukan urusan saya lagi.

“Yang saya beri itu hanya kenyataan disediakan oleh KKM dan Kabinet mengambil perhatian. Kemudian badan-badan siasatan harus siasat benar tidak dan sebagainya,” katanya kepada media selepas melancarkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.

Anwar mengulas penafian bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung dakwaan perolehan vaksin Covid-19 dibuat tanpa persetujuan AGC.

Khairy berkata, semua perolehan yang dibuat kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan kepada Kabinet.



Anwar juga sebelum ini sudah mendedahkan kertas putih terbabit akan dibentangkan di Parlimen pada persidangan akan datang oleh Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa. MG

Perolehan vaksin, saya cuma sampaikan – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Fizo Omar Vs Mawar

Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo



Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker