Janda bersama dua anak gadisnya ditangkap berkhalwat

Janda bersama dua anak gadisnya ditangkap berkhalwat

JASIN – Seorang ibu tunggal dan dua anak perempuannya dicekup berkhalwat dengan dua lelaki di rumah mereka di Lipat Kajang, di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ibu tunggal berusia 49 tahun itu bersama dua anaknya masing-masing berusia 19 dan 20 tahun itu diserbu JAIM selepas mendapat aduan awam pukul 12.30 tengah malam tadi.



“Ketika diserbu, wanita terbabit yang bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor dan dua anak perempuannya mengambil masa 15 minit untuk membuka pintu.

“Sebaik pintu dibuka, penguat kuasa menemukan dua lelaki tempatan dalam rumah berkenaan.

“Hasil soal siasat, kesemua mereka tiada hubungan mahram walaupun dua lelaki itu mendakwa adalah saudara jauh dan dibenarkan wanita itu untuk tinggal bersama di situ,” katanya.

Menurutnya, mereka disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak.



Sabit kesalahan, Che Sukri berkata, boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

“Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama daripada orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.

“JAIM mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai Rakan Setiaku JAIM (RASEIM) melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian,” katanya. MG

Janda bersama dua anak gadisnya ditangkap berkhalwat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker