Penumpang Boeing 737 berdepan detik cemas

Penumpang Boeing 737 berdepan detik cemas

Miri: Seramai 109 penumpang dan kru Boeing 737 dari Kuala Lumpur ke Miri berdepan detik cemas apabila pesawat itu mengalami masalah flaps wing tidak berfungsi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.21 pagi tadi.



“Bilik kawalan menerima panggilan kecemasan dari Lapangan Terbang Miri mengenai pesawat Boeing 737 mengalami masalah flaps wing tidak berfungsi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri serta BBP Lopeng bersiap sedia di lokasi pesawat mendarat.

“Selepas beberapa kali cubaan mendarat dilakukan, pesawat akhirnya berjaya mendarat dengan selamat.

“Seramai 109 penumpang dan kru termasuk juru terbang tidak mengalami kecederaan,” katanya. Menurutnya, operasi tamat pada jam 12.26 tengah hari. HM



Penumpang Boeing 737 berdepan detik cemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizo Omar Vs Mawar



Kartunis Turkiye, Palestin sekolahkan Charlie Hebdo

Kantoi bercium di kelab malam, kekasih pelakon tuntut janji (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker