Cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

Cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat

Cinta Farid Kamil terhadap Diana masih hangat
Farid dan Diana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses Sulh.

PELAKON dan pengarah Farid Kamil masih berharap dapat menyelamatkan rumah tangganya meskipun isterinya, Diana Danielle tetap dengan pendirian mahu bercerai.

Farid atau Farid Kamil Zahari, 42, berkata, perasaan sayang dan cinta terhadap Diana masih menebal meskipun sudah lama tidak bersua muka.

“Harapan saya masih sama seperti dulu, rasa sayang saya bertambah-tambah. Saya harap hari ini saya dapat berjumpa dan bertentang mata dengan isteri saya.

“Mencari kata putus untuk sama-sama membesarkan dua anak kami,” katanya kepada pemberita.

Farid berkongsi mengenai perasaannya itu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi menghadiri proses Sulh bersama Diana pada petang Khamis.


Baca Artikel Menarik:

Shila Amzah nafi putus cinta dengan Ubai


Dalam pada itu, Diana yang tiba di mahkamah hanya melemparkan senyuman sambil menunjukkan isyarat mini love kepada pemberita yang menanti kehadirannya tanpa sebarang komen.

Pada 20 Mac lalu, Farid enggan melafazkan talak terhadap Diana dengan alasan masih sayangkan isterinya itu selepas aktres berkenaan memfailkan penceraian secara baik terhadapnya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora berusia 8 tahun.

Baca Artikel Menarik:

Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker