Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000

Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak mencuri perhatian selepas memuat naik beberapa keping gambar majlis penyerahan jeti kayu di Kampung Mutap, Miri, Sarawak yang bernilai RM50,000.

Menurut catatan Facebook jabatan itu, kontraktor projek, Bukit Balat Company diberi tempoh tiga bulan mulai 6 Mac untuk menyiapkan pembinaan satu meter lebar dan 15 meter panjang jeti berkenaan.



Projek itu siap dua bulan lebih awal dan majlis penyerahan dilakukan oleh wakil jurutera JKR Miri kepada ketua kampung pada 6 April lalu.

“Jeti ini dibina untuk menggantikan jeti lama yang telah rosak dan tidak dapat digunakan lagi.

“Projek RTP DUN N.71 Bekenu, Bina Baru Jeti Kampung Mutap merupakan salah sebuah projek di bawah seliaan JKR Miri dengan kos projek berjumlah RM50,000,.

“Skop kerja bagi projek tersebut adalah pembinaan jeti satu meter lebar, 15 meter panjang,” kata jabatan itu dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.



Hantaran itu tular di media sosial menyaksikan hampir 3,000 perkongsian dengan majoriti netizen mempersoalkan kos RM50,000 bagi pembinaan jeti berkenaan.

Ramai yang ragu-ragu dengan kualiti projek itu memandangkan ia disiapkan dalam tempoh yang singkat.

Ada yang mendakwa projek jeti kayu itu tidak sepatutnya melibatkan kos yang tinggi, melainkan diperbuat daripada kayu gred tinggi yang digunakan untuk perabot mewah.

Ada juga yang berpendapat jeti di Semenanjung yang berharga RM50,000 diperbuat daripada konkrit, lengkap dengan susur tangan atau ciri keselamatan lain.



Tidak kurang yang menyindir penyokong kerajaan negeri dengan mendakwa projek itu merupakan habuan kepada mereka selepas GPS memenangi pilihan raya negeri yang lalu. Mk

Netizen persoal JKR Sarawak kos bina jeti RM50,000


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker