‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

MARAN: Sudah menjadi tradisi setiap kali menjelang bulan Ramadan, kuih tradisional ‘tiga beradik’ pasti menjadi rebutan.

Ini adalah kerana juadah istimewa terdiri daripada kuih pepena atau pena, badak kubang dan dodol kukus ini hanya terdapat di beberapa daerah sahaja khususnya di Maran dan Temerloh.

Pengusaha kuih tradisional dari Bukit Resak, Chenor dekat sini, Rogayah Chik atau lebih dikenali Mokyoh, 50, berkata, kuih tiga beradik hanya menggunakan bahan yang hampir sama dan mudah di dapati seperti tepung pulut, tepung pulut hitam, gandum, santan, gula, daun pandan dan daun pisang.
Suri rumah tersebut yang telah mengusahakan perniagaan kuih tradisional sejak 10 tahun lalu berkata, rutin hariannya bermula sekitar pukul 9 pagi bagi menghasilkan kira-kira 120 bekas kuih berkenaan.

“Untuk mengekalkan rasa kuih tradisional ini, saya menggunakan kelapa yang diparut sendiri. Kelapa pula tidak boleh terlalu tua serta tidak boleh menggunakan kelapa gugur.

“Ini bagi memastikan santan yang digunakan benar-benar segar supaya kuih berlemak, cantik serta tidak mudah basi,” katanya kepada Astro AWANI.

Kuih tiga beradik hasil air tangan Rogayah Chik atau lebih dikenali sebagai Mokyoh sentiasa mendapat sambutan daripada orang ramai. – Gambar Astro AWANI

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, dia juga menggunakan daun pisang yang dilayur bagi membangkitkan aroma juadah serta mengekalkan citarasa kuih ‘jaman tori’ itu.




Rogayah yang turut dibantu anak sulungnya, Nurul Amirah Hashim, 34, menjelaskan, ketiga-tiga kuih itu dikukus dalam tempoh 15 minit sahaja dan selepas masak dibiarkan sejuk terlebih dahulu sebelum ditutup untuk mengelak daripada berwap dan mudah basi.

Ujarnya, selepas selesai memasak sekitar pukul 3 petang, dia akan mengedarkan sebahagian kuih tradisional ini ke gerai di bazar berhampiran manakala sebahagian lagi akan diletakkan di gerai miliknya berdekatan Sekolah Kebangsaan Pesagi, Chenor.

“Kuih badak kubang berbentuk bulat dibuat menggunakan tepung pulut serta tepung pulut hitam, berintikan kelapa dan kuahnya pula campuran tepung gandum, santan dan garam yang menerbitkan rasa lemak-lemak masin.

“Kuih pena berbentuk bintang dibuat menggunakan bahan yang sama dengan badak kubang kecuali kuahnya menggunakan bancuhan tepung gandum, santan, telur, air pandan dan gula pasir.

“Manakala dodol kukus pula teksturnya lebih halus dan lembut serta diletakkan tahi minyak di bahagian permukaan dan menggunakan campuran tepung pulut, tepung pulut hitam, santan dan gula merah,” cerita usahawan itu lagi.




Rogayah berkata sejak mula serius dalam pembuatan kuih tradisional itu, kuih pena merupakan juadah yang paling mendapat sambutan.

Kuih pena itu, jelasnya, dihasilkan mengikut resipi asli air tangan ibunya, Allahyarhamah Dayang Tawang.-AA

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: