Operasi Maksiat, anggota polis wanita antara ditahan

KOTA BHARU – Lima termasuk seorang anggota polis wanita berpangkat Lans Koperal ditahan ketika operasi maksiat yang turut membongkar penemuan mercun dan bunga api bernilai RM5,000 serta air ketum di sebuah rumah di Kubang Kerian di sini pada Khamis.

Serbuan dilakukan oleh pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu bersama penguat kuasa dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) pada jam 5.47 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, kesemua suspek yang ditahan berusia 20-an hingga 30-an.

“Pemeriksaan di dalam rumah ada dua lelaki dan tiga perempuan termasuk seorang anggota polis wanita yang berusia 30 tahun.



“Pemeriksaan lanjut menjumpai pelbagai jenis mercun dan bunga api iaitu kotak happy boom (23), pek magic shoot (20), kotak crackers ball (lima), bungkus mercun bola (18) dan kotak mercun pelbagai jenis (50) yang keseluruhan dianggarkan bernilai RM5,000,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, lokasi serbuan adalah rumah yang didiami oleh anggota polis perempuan tersebut dan kesemua barangan dirampas di rumah terbabit.

“Turut dirampas sebungkus plastik mengandungi cecair dipercayai air ketum di dalam peti sejuk di rumah tempat kejadian.

“Hasil soal siasat awal, kawan lelaki anggota polis tersebut mengaku bahawa mercun dan bunga api yang dirampas dibeli di Rantau Panjang, Kelantan untuk pasaran runcit dan disimpan sementara di rumah anggota tersebut bersama air ketum tersebut,” katanya.



Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Beliau berkata, siasatan turut dilakukan mengikut Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan oleh pihak Jaheaik.

“Anggota berkenaan ditahan reman selama dua hari manakala mereka yang lain sehari bagi membantu siasatan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]

Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker