Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat



Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat

Masa Penyediaan: 40 minit,
Masa Memasak:20 minit,
Jumlah Hidangan:4 orang

Dah lama rasanya tak share resepi cucur. Sebab bukannya pandai sangat buat cucur goreng. Kebetulan resepi ni dikongsi oleh Umi Jun. Ada tips special untuk hasilkan cucur bilis yang sedap.

Bila cuba, hasilnya memang garing di luar, lembut di dalam dan memang sedap cucur ikan bilis ni.

Kita memang suka kalau cucur goreng yang ada banyak bahan-bahan macam sayur, jadi bila kita makan tu meriah rasa dia dan tekstur pun jadi tak terlalu padat.




Cara kita menggoreng tu pun boleh mempengaruhi hasil kerangupan cucur ikan bilis niboleh tengok dalam video ni ye.

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
1 batang jagung
2 tangkai cili merah
– 1 biji bawang besar
1 batang kecil lobak merah
1 mangkuk ikan bilis
1 ikat daun kuchai
3 cawan air panas (boleh kurangkan kepada 2 cawan)
1 sudu kecil garam
Sedikit gula
kiub pati ikan bilis (opsyenal)

Cara Penyediaan:

Cili merah buang biji dan cincang halus.
Ikan bilis basuh dan toskan kemudian cincang halus.
Bawang holland potong dadu.
Carrot buang kulit dan parut halus.
Potong daun kuchai (boleh ganti daun bawang) dalam 1-2 cm.
Potong keluar isi jagung.




Cara-cara untuk mengadun:

Dalam mangkuk yang berasingan masukkan tepung jagung, tepung beras, garam, gula, bawang holland, carrot, ikan bilis, daun kuchai, cili merah dan pati ikan bilis (pilihan).
Masukkan air panas dan gaul sebati. Kemudian rehatkan 10-15 minit.

Cara-cara untuk masak:

Panaskan minyak dan goreng adunan. Che Nom sudukan sudu besar adunan dan tolak dengan satu sudu lagi (kalau nak jemput dengan hujung jari pon boleh).
Kerap kacau sebelum angkat.
Angkat dan toskan minyak.
Hidang dengan sos atau kuah kacang.

Tips:




Jangan goreng atau letak banyak sangat pada satu-satu masa takut suhu minyak turun.

Bila separuh masak, kuatkan sikit api dan kerap kacau, nanti cucur akan rangup di luar dan lembut di luar, minyak pun kurang meresap.

Resepi Che Nom

Resepi Cucur Ikan Bilis Wajib Buat


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman



Leave a Reply

Your email address will not be published.