Emma Maembong dera suami?

Emma Maembong dera suami?

PELAKON Emma Maembong mengakui watak Hawa dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta memberi cabaran besar kepadanya sepanjang lebih sedekad bergelumang dalam industri lakonan.

Kata Emma, watak berkenaan memerlukan dia menjadi seorang wanita panas baran yang jauh berbeza dengan sikap sebenarnya jika di luar set penggambaran.

“13 tahun saya dalam industri, inilah karakter yang paling mencabar dan sukar untuk saya jiwai.

“Bukan senang nak bertukar emosi lebih-lebih lagi watak ini memerlukan saya menjadi wanita panas baran dan kena lakukan penderaan fizikal terhadap suami sendiri,” katanya kepada URTV.

Rentetan daripada drama arahan Hadith Omar itu, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail,30, terpaksa bertukar-tukar emosi di lokasi penggambaran bagi mengelakkan terbawa emosi baran.

“Watak saya dalam Nusyuz Berkiblat Cinta memerlukan saya mendera suami sendiri. Saya akui memang sangat susah sebab kadangkala terbawa-bawa emosi baran jika tidak berada di lokasi penggambaran.

“Pengurus saya selalu jadi ‘mangsa’ kemarahan saya akibat daripada watak Hawa itu. Memang pada awalnya susah nak ‘tanamkan’ di fikiran jika Hawa itu hanyalah dalam lakonan sahaja.

“Cara saya nak kawal emosi, saya kena jadi wanita yang sentiasa ceria bila berada di set penggambaran,” ujarnya.

Emma berkata demikian kepada URTV ketika ditemui pada sidang akhbar drama Nusyuz Berkiblat Cinta yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

Selain Emma, drama tersebut turut dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Nadhir Nasar dan Shaza Bae.

Drama berkenaan ditayangkan setiap Ahad di saluran Astro Ria, pukul 9 malam bermula 3 April. Utv

Emma Maembong dera suami?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Solat Terawih Di Times Square New York

Alif Satar jutawan senyap

Kedai Makan Thai Terbaik Untuk Buka Puasa Di Selangor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker