Tommy Thomas Khianati Negara, Punca Waris Sulu Saman Berbilion Ringgit

Oleh Nurul Aishah

NEGARA mengalami kerugian teruk dan banyak kerosakkan dilakukan serta ditinggalkan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah selama 22 bulan.

Pulau Batu Puteh tergadai angkara Mahathir dan kerajaan PH. Mahkamah Perancis mengatakan Malaysia perlu bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada waris Sulu juga angkara Tommy Thomas mengkhianati negara.

Beliau berlagak pandai dengan menulis surat kepada waris Sulu yang menyatakan Malaysia kesal bahawa bayaran tahunan telah dihentikan dan menawarkan RM50,000 untuk “settle” kes bernilai berpuluh bilion Ringgit.

Akibatnya Mahkamah Perancis menganggap surat itu telah menjadi pengakuan salah Malaysia mengatakan Malaysia perlu bayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada waris Sulu.

Siapa yang mengarahkan Tommy Thomas bertindak sedemikian? Adakah “tangan ghaib” juga bersekongkol dalam perkara ini?

Memang kita ada hak untuk menghentikan bayaran setelah Jamalul Kiram menceroboh tanah air kita dan membunuh warga Malaysia pada tahun 2013 memandangkan dia pernah diiktiraf sebagai Sultan Sulu oleh dua kerajaan Filipina sebelum itu.

Dan ini sepatutnya pendirian tegas kita.

PH dan PN langsung tidak layak memerintah negara kita. Segala-galanya hancur begitu sahaja dalam masa yang singkat.

Kita disaman berbilion kerana PH
Kita hilang Pulau batu Puteh kerana PH

Tapi PH membisu seribu bahasa tapi rakyat Malaysia tidak pernah lupa.

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker